Monday, 26 May 2014

Vitamin C dan manfaatnya

Pakar mengatakan bahawa vitamin C adalah nutrient yang paling efektif dan paling selamat. Ia bukanlah penawar sebenar selsema namun begitu vitamin C dikatakan dapat menghalang komplikasi yang serius akibat dari selsema terjadi.

Kelebihan vitamin C termasuklah MEMBANTU :
  • Perlindungan dari sistem imuniti yang lemah.
  • Menghalang penyakit kardiovaskular.
  • Menghalang komplikasi serius akibat dari selsema seperti pneumonia dan jangkitan peparu.
  • Mengurangkan masalah kesihatan ketika hamil.
  • Menghalang penyakit mata.
  • Mengurangkan kedutan kulit dan anti penuaan.
  • Mencegah kanser.
  • Mengurangkan stress.
  • Mengurangkan risiko strok.
  • Mengurangkan ketagihan alkohol dan nikotin pada perokok.
  • Mengurangkan nafsu makan pada individu obes.

Dos harian yang dicadangkan

Kebanyakan penyelidik mencadangkan pengambilan harian sebanyak 500mg vitamin C . Sekiranya anda boleh mengambil 9 hidangan buah dan sayuran setiap hari , keperluan vitamin C anda adalah mencukupi. Namun begitu bagi anda yang kurang makan buahan dan sayuran, anda dinasihatkan untuk mengambil supplement vitamin untuk memenuhi keperluan vitamin C anda.

“ Ia adalah tidak praktikal bagi seseorang untuk makan 9 hidangan buah dan sayuran setiap hari sekiranya mereka boleh mendapatkan supplement vitamin C yang semulajadi, selamat, efektif dan senang diambil.” – Mark Moyad, MD, MPH, University of Michigan

Moyad juga berkata amaun minimum pengambilan vitamin C adalah 500mg dan pengambilan maksimum adalah tidak lebih dari 2000mg sehari. Dia mencadangkan agar mengambil vitamin C yang kurang berasid, agar tidak mengganggu perut.

Contoh makanan yang boleh anda ambil untuk mencukupkan keperluan 500mg vitamin C harian anda :

Rock melon, 1 cawan : 59mg
Jus oren, 1 cawan : 97mg
Broccoli rebus, 1 cawan: 74mg
Kubis ungu, 1/2 cawan: 40mg
Lada hijau, 1/2 cawan : 60mg
Lada merah, 1/2 cawan : 95mg
Kiwi, 1 medium : 70mg
Jus tomato, 1 cawan : 45mg.

Adalah lebih senang anda mengambil supplement Sustained Release Vita-C Plus Shaklee yang mengandungi 533 mg vitamin C dalam satu tablet.

Peranan Vitamin C dalam tubuh manusia
· Membantu tumbesaran.
· Perkembangan tisu.
· Membaikpulih tisu badan.
· Menghasilkan kolagen.
· Membantu penyerapan zat besi.
· Membantu dalam penyembuhan luka.
· Menjaga kesihatan sendi, tulang dan gigi.

Vitamin C adalah antioksidan yang mana peranannya melindungi sel badan dari musnah disebabkan molekul berbahaya iaitu radikal bebas, bahan toksik, dan pencemaran seperti asap rokok. Radikal bebas ini menyumbangkan pembentukan sel yang tidak normal yang boleh mengakibatkan penyakit kanser, masalah jantung dan arthritis.

Vitamin C tidak disimpan di dalam badan, amaun yang berlebihan akan disingkirkan oleh badan, jadi tidak perlu risau jika mengambil dengan dos yang banyak. Namun begitu, adalah penting untuk tidak melebihi kadar maksimum harian iaitu 2000mg untuk mengelakkan kesan sakit perut dan muntah-muntah.

Vitamin C mudah diserap samada dalam bentuk makanan atau tablet, dan boleh meningkatkan penyerapan zat besi jika kedua-duanya diambil bersama.

Kekurangan vitamin C akan menyebabkan :
· Scurvi
· Keletihan
· Anemia
· Lebam-lebam
· Kulit kering dan mudah luka
· Gigi mudah rosak dan pendarahan pada gusi.

Bagaimana untuk mendapatkan Vitamin C dalam diet harian?

Super-nutrient antioksida ini mudah didapati dalam pelbagai jenis buahan dan sayuran. Buahan yang kaya dengan vitamin C adalah seperti buahan citrus, lada hijau, stroberi, tomato, broccoli, kentang putih dan pelbagai jenis sayuran.

Cadangan diet mudah untuk mendapatkan bekalan
vitamin C:

1. Tambahkan puri atau parutan buhan dan sayuran ke dalam muffin, roti dan sup.
2. Potongkan buahan dan sayuran dan simpan di dalam bekas tertutup agar senang diambil sebagai snek.
3. Sejukkan hirisan buahan untuk kesegaran di musim panas.
4. Masukkan banyak sayuran hijau dan tomato di dalam sandwic.
5. Makan sayuran mentah sebagai kerabu atau bersama sos cicahan.
6. Tambah beri segar ke dalam muffin, penkek, bijirin dan salad.
7. Minum jus buahan atau sayuran segar.
8. Ambil supplement SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS @ CHEWABLE VITA-C PLUS 1 atau 2 tablet sehari .

Okei, sedikit sebanyak info mengenai vitamin C. Jika anda mempunyai simptom kekurangan vitamin C, eloklah consume vitamin anda dari sekarang. Jangan tunggu penyakit dah serius baru mula nak rawat. Cegah lebih senang dari rawat, insyaAllah.

setakat ini dulu, jyaa ne.

imm, shaklee independent distributor, pasir mas.

No comments:

Post a Comment