Sunday 25 May 2014

Asid lemak Omega-3

Apakah Asid lemak Omega-3?

Asid lemak Omega-3 merujuk kepada kumpulan lemak
iaitu ALA(sumber dari tumbuhan), EPA dan DHA (sumber
dari hidupan laut). Omega-3 adalah essential fatty acids,
bermaksud ia tidak boleh dihasilkan oleh sistem tubuh
manusia dan manusia perlu mengambilnya dari surber
tumbuhan dan haiwan lain. Ikan laut dalam boleh
menghasilkan ALA, EPA, dan DHA dengan baik. Asid
lemak Omega-3 adalah lemak asid tidak tepu yang
sangat diperlukan oleh badan manusia.

Kelebihan lemak asid Omega-3 terhadap kesihatan.

Lebih dari 4500 penyelidikan dibuat terhadap kesan asid
lemak Omega-3 terhadap kesihatan sejak 25 tahun yang
lepas.

- Blood fat [triglycerides]/Lemak dalam darah.

Menurut beberapa penyelidikan yang dilakukan, minyak
ikan boleh menurunkan tahap triglyseride(sejenis lemak
dalam darah). Kandungan triglyseride yang tinggi dalam
darah akan meningkatkan risiko penyakit jantung. DHA
sendiri dibuktikan berfungsi untuk menurunkan paras
triglyseride dalam darah.

-Rheumatoid arthritis/Radang sendi.

Terdapat penyelidikan menunjukkan EPA dan DHA boleh
mengurangkan kesakitan sendi dan kekebasan. Omega-3
juga meningkatkan keberkesanan ubat anti-inflammatory.

- Depression/Kemurungan.

Penyelidik berpendapat budaya mengambil makanan
yang tinggi dengan Omega-3 boleh merendahkan tahap
kemurungan. Minyak ikan dikatakan boleh mengurangkan
simptom kemurungan bagi pesakit bipolar.

- Prenatal health/Kematian janin dalam
kandungan.

DHA dikatakan memainkan peranan penting untuk
pembentukan visual dan otak janin dalam kandungan.
Kekurangan DHA ketika hamil boleh menyebabkan
pembentukan janin yang tidak sempurna di mana
meningkatkan risiko kecacatan bayi dan kematian janin
dalam kandungan.

- Asthma/Lelah.

Bukti menunjukkan pemakanan yang tinggi dengan
Omega-3 boleh mengurangkan risiko lelah. Penyelidikan
diteruskan untuk membuktikan bahawa Omega-3 juga
boleh meningkatkan kesihatan peparu. Pengambilan
Omega-3 boleh mengurangkan pengambilan dos ubatan
hospital.

- ADHD. Attention deficit hyperactivity disorder/
Kanak-kanak hyperactive.

Penyelidikan menunjukkan pengambilan minyak ikan di
kalangan kanak-kanak boleh menurunkan simptom ADHD
dan meningkatkan fungsi otak mereka.

- Alzheimer’s disease and dementia/Penyakit
Alzheimer dan nyanyuk.

Walaupun tiada bukti kukuh, namun penyelidik percaya
Omega-3 boleh melindungi warga emas dari penyakit
Alzheimer dan kenyanyukan. Penyelidikan terkini
menunjukkan DHA amat bermanfaat untuk mengurangkan
masalah ingatan yang berkaitan dengan penuaan.

Omega-3 boleh didapati dari ikan laut dalam seperti salmon dan tuna, kekacang dan telur.Shaklee juga ada produk Omega3 yang dijamin berkualiti tinggi.Nak tahu lebih lanjut, klik OMEGAGUARD by SHAKLEE


No comments:

Post a Comment