Saturday 31 May 2014

VITA-E COMPLEX by SHAKLEE



Kelebihan VITAMIN E 
- Awet muda
- Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
-Mengurangkan parut
-Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
- Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
- Merawat masalah keintiman
- Merawat masalah seksual lelaki
-Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi

Kebaikan grape seed extract dalam Vita-E Complex Shaklee
- Menyingkirkan radikal bebas
- Mengurangkan radang (inflammatory)
- Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
- Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
- Mencegah masalah kelenjar prostat
- Melambatkan proses penuaan
- Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
- Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
-Membantu fungsi sistem saraf otak
- Meningkatkan daya pertahanan badan

Harga runcit : RM 149
Kandungan : 120 biji
Aturan : 1 biji sehari

Ingin mendapatkan kulit yang sihat, lembut dan gebu? Tambah vitamin E dalam senarai vitamin wajib makan anda 
hubungi saya ya
017 9191 671(imm)

imm, shaklee independent distributor pasir mas, kelantan

HEALING CRISIS : ALFALFA

[Perbualan santai tapi ade isi]

K : aku amek ALFALFA naik jerawat laa..stressnya
J : owhh aku sama,,bukan stakat muka, belakang badan
ni pun haa..
K : laa..kirenye TAK bagus la alfalfa ni ekk..makin teruk
jadinya
J : bukan,, ni orang pnggil healing crisis..maksudnye dah
ade la tindakbalas alfalfa dekat tubuh kau.
K : bukan ke tindakbalas pembetulan tu jd makin elok ke?
knapa jd berjerawat macam ni?
J : sebabnya alfalfa fungsi die detox,,keluarkan toksin dari
badan.boleh keluar kot organ dalaman, urine atau najis.
boleh keluar kot kulit jugak, sekali dgn peluh atau
minyak..
K : ooo camtu ekk
J : yang keluar kot urine n najis kite x perasan sangat,
sebab x lalu aku nak belek hasil buangan kite tu kan.
K : hahaha aku pun x laluu wekkk
J : yang keluar kot kulit ni la kite cepat perasan.lagipun
toksin yang keluar tu bukannye menitik2 jatuh terus,die
keluar, still melekat2 kat surface kulit kite, bercampur dgn
minyak n kotoran kat kulit tu, jadilah berjerawat semua.
K : habis tu sampai bile nak mcm ni?stress la aku
jerawat2 ni.
J : sampai toksin dlm badan ko habis la.mula2 memang
teruk menunjukkan banyak toksin dlm badan kite,,lame2
nnt makin kurang la..insyaAllah boleh hilang terus
K : owhh kalau toksin tu dah habis kang, kulit aku tulus
mulus la nnt ye?mase tu boleh stop amek alfalfa tak?
J : boleh kalau kau yakin makanan yang ko makan tu
bebas dari sumber kimia..
K : oooo..cepat la kulit tulus mulus,,x sanggup nak
berjerawat lame2
J : minum air banyak2 la,,lagi cepat toksin boleh keluar
kot urine.amek VITAMIN C n VITAMIN E jugak..untuk kesihatan kulit
K : hahah smpat ko iklan ekk
J : kate jual shaklee,,kena la share semua yang bagus
hihihi

dapatkan konsultasi kesihatan dengan betul sebelum comsume supplement agar pengambilan supplement memberi kesan seperti yang anda nak.

Nak supplement kecantikan, kurus, kesihatan optimum, penyakit khusus?
Hubungi saya imm 017 9191 671

imm, shaklee indendent distributor pasir mas, kelantan

Monday 26 May 2014

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS by SHAKLEE



Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi
Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa
melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan
berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan
vitamin C berterusan. Vita-C Plus™ yang semulajadi ini
membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.
Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi
yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS ADALAH VITAMIN C
TERBAIK kerana :


  • Vitamin C semulajadi tiada perasa tiruan,pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
  • Bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara pelepasan berperingkat dan menyalurkan vitamin C secara berterusan kepada badan. Oleh itu tiada pembaziran akan berlaku kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan kedalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin C secara perlahan dan berterusan selama 5 jam. 
  • Satu tablet membekalkan 553mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
  • Mengandungi Bioflavinoid, juga dikenali sebagai vitamin P, yang berfungsi sama seperti vitamin C dan meningkatkan keberkesanan SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS.
  • Boleh didapati dalam bentuk yang boleh dikunyah dan sesuai dengan selera kanak-kanak iaitu CHEWABLE VITA-C PLUS.

  • Vitamin larut air, disarankan mgambil vitamin C dengan segelas air ketika perut kosong.
Sustained Release Vita-C Plus
Harga runcit : RM 92.50
Kandungan : 180 biji
Aturan : 1 biji sehari

Chewable Vita-C Plus
Harga runcit : RM 37.50
Kandungan : 90 biji
Aturan : 1 biji sehari

Mahu amalkan pengambilan vitamin C untuk kesihatan optimun badan anda?Hubungi saya untuk menempah produk atau mendapatkan konsultasi kesihatan.
017 9191 671, imm , shaklee independent distributor pasir mas, kelantan.

Vitamin C dan manfaatnya

Pakar mengatakan bahawa vitamin C adalah nutrient yang paling efektif dan paling selamat. Ia bukanlah penawar sebenar selsema namun begitu vitamin C dikatakan dapat menghalang komplikasi yang serius akibat dari selsema terjadi.

Kelebihan vitamin C termasuklah MEMBANTU :
  • Perlindungan dari sistem imuniti yang lemah.
  • Menghalang penyakit kardiovaskular.
  • Menghalang komplikasi serius akibat dari selsema seperti pneumonia dan jangkitan peparu.
  • Mengurangkan masalah kesihatan ketika hamil.
  • Menghalang penyakit mata.
  • Mengurangkan kedutan kulit dan anti penuaan.
  • Mencegah kanser.
  • Mengurangkan stress.
  • Mengurangkan risiko strok.
  • Mengurangkan ketagihan alkohol dan nikotin pada perokok.
  • Mengurangkan nafsu makan pada individu obes.

Dos harian yang dicadangkan

Kebanyakan penyelidik mencadangkan pengambilan harian sebanyak 500mg vitamin C . Sekiranya anda boleh mengambil 9 hidangan buah dan sayuran setiap hari , keperluan vitamin C anda adalah mencukupi. Namun begitu bagi anda yang kurang makan buahan dan sayuran, anda dinasihatkan untuk mengambil supplement vitamin untuk memenuhi keperluan vitamin C anda.

“ Ia adalah tidak praktikal bagi seseorang untuk makan 9 hidangan buah dan sayuran setiap hari sekiranya mereka boleh mendapatkan supplement vitamin C yang semulajadi, selamat, efektif dan senang diambil.” – Mark Moyad, MD, MPH, University of Michigan

Moyad juga berkata amaun minimum pengambilan vitamin C adalah 500mg dan pengambilan maksimum adalah tidak lebih dari 2000mg sehari. Dia mencadangkan agar mengambil vitamin C yang kurang berasid, agar tidak mengganggu perut.

Contoh makanan yang boleh anda ambil untuk mencukupkan keperluan 500mg vitamin C harian anda :

Rock melon, 1 cawan : 59mg
Jus oren, 1 cawan : 97mg
Broccoli rebus, 1 cawan: 74mg
Kubis ungu, 1/2 cawan: 40mg
Lada hijau, 1/2 cawan : 60mg
Lada merah, 1/2 cawan : 95mg
Kiwi, 1 medium : 70mg
Jus tomato, 1 cawan : 45mg.

Adalah lebih senang anda mengambil supplement Sustained Release Vita-C Plus Shaklee yang mengandungi 533 mg vitamin C dalam satu tablet.

Peranan Vitamin C dalam tubuh manusia
· Membantu tumbesaran.
· Perkembangan tisu.
· Membaikpulih tisu badan.
· Menghasilkan kolagen.
· Membantu penyerapan zat besi.
· Membantu dalam penyembuhan luka.
· Menjaga kesihatan sendi, tulang dan gigi.

Vitamin C adalah antioksidan yang mana peranannya melindungi sel badan dari musnah disebabkan molekul berbahaya iaitu radikal bebas, bahan toksik, dan pencemaran seperti asap rokok. Radikal bebas ini menyumbangkan pembentukan sel yang tidak normal yang boleh mengakibatkan penyakit kanser, masalah jantung dan arthritis.

Vitamin C tidak disimpan di dalam badan, amaun yang berlebihan akan disingkirkan oleh badan, jadi tidak perlu risau jika mengambil dengan dos yang banyak. Namun begitu, adalah penting untuk tidak melebihi kadar maksimum harian iaitu 2000mg untuk mengelakkan kesan sakit perut dan muntah-muntah.

Vitamin C mudah diserap samada dalam bentuk makanan atau tablet, dan boleh meningkatkan penyerapan zat besi jika kedua-duanya diambil bersama.

Kekurangan vitamin C akan menyebabkan :
· Scurvi
· Keletihan
· Anemia
· Lebam-lebam
· Kulit kering dan mudah luka
· Gigi mudah rosak dan pendarahan pada gusi.

Bagaimana untuk mendapatkan Vitamin C dalam diet harian?

Super-nutrient antioksida ini mudah didapati dalam pelbagai jenis buahan dan sayuran. Buahan yang kaya dengan vitamin C adalah seperti buahan citrus, lada hijau, stroberi, tomato, broccoli, kentang putih dan pelbagai jenis sayuran.

Cadangan diet mudah untuk mendapatkan bekalan
vitamin C:

1. Tambahkan puri atau parutan buhan dan sayuran ke dalam muffin, roti dan sup.
2. Potongkan buahan dan sayuran dan simpan di dalam bekas tertutup agar senang diambil sebagai snek.
3. Sejukkan hirisan buahan untuk kesegaran di musim panas.
4. Masukkan banyak sayuran hijau dan tomato di dalam sandwic.
5. Makan sayuran mentah sebagai kerabu atau bersama sos cicahan.
6. Tambah beri segar ke dalam muffin, penkek, bijirin dan salad.
7. Minum jus buahan atau sayuran segar.
8. Ambil supplement SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS @ CHEWABLE VITA-C PLUS 1 atau 2 tablet sehari .

Okei, sedikit sebanyak info mengenai vitamin C. Jika anda mempunyai simptom kekurangan vitamin C, eloklah consume vitamin anda dari sekarang. Jangan tunggu penyakit dah serius baru mula nak rawat. Cegah lebih senang dari rawat, insyaAllah.

setakat ini dulu, jyaa ne.

imm, shaklee independent distributor, pasir mas.

Vitamin


Vitamin adalah sebatian organik yang sangat perlu dalam diet harian untuk membantu dan menjalankan fungsi tubuh yang diperlukan untuk penghasilan dan pertumbuhan sel badan, dan mengekalkan status kesihatan badan. Vitamin hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit, namun begitu, kekurangan vitamin dalam diet boleh dilihat pada simptom-simptom yang terjadi pada badan.

Vitamin dikelaskan kepada 2 iaitu VITAMIN LARUT AIR dan VITAMIN LARUT LEMAK.

Vitamin larut air


Vitamin larut lemak

  • Vitamin A
  • Vitamin D
  • Vitamin E
  • Vitamin K

Vitamin larut air sebaiknya diambil dengan segelas air untuk penyerapan maksimum oleh badan. Vitamin larut lemak pula JANGANLAH diambil dengan segelas minyak. Ambil vitamin larut lemak selepas makan kerana kandungan lemak dalam makanan kita sudah cukup memadai untuk membantu penyerapan vitamin larut lemak.

Saya akan kupas(wahh macam pkataan pembaca berita) mengenai vitamins mengikut subtopik masing-masing.Anda boleh klik dekat setiap nama vitamin untuk maklumat lanjut.(entry belum siap,once dah siap, saya akan linkkan okei)

Setakat ini dulu, jyaa mata ne.

imm, shaklee independent distributor pasir mas, kelantan.

Sunday 25 May 2014

Asid lemak Omega-3

Apakah Asid lemak Omega-3?

Asid lemak Omega-3 merujuk kepada kumpulan lemak
iaitu ALA(sumber dari tumbuhan), EPA dan DHA (sumber
dari hidupan laut). Omega-3 adalah essential fatty acids,
bermaksud ia tidak boleh dihasilkan oleh sistem tubuh
manusia dan manusia perlu mengambilnya dari surber
tumbuhan dan haiwan lain. Ikan laut dalam boleh
menghasilkan ALA, EPA, dan DHA dengan baik. Asid
lemak Omega-3 adalah lemak asid tidak tepu yang
sangat diperlukan oleh badan manusia.

Kelebihan lemak asid Omega-3 terhadap kesihatan.

Lebih dari 4500 penyelidikan dibuat terhadap kesan asid
lemak Omega-3 terhadap kesihatan sejak 25 tahun yang
lepas.

- Blood fat [triglycerides]/Lemak dalam darah.

Menurut beberapa penyelidikan yang dilakukan, minyak
ikan boleh menurunkan tahap triglyseride(sejenis lemak
dalam darah). Kandungan triglyseride yang tinggi dalam
darah akan meningkatkan risiko penyakit jantung. DHA
sendiri dibuktikan berfungsi untuk menurunkan paras
triglyseride dalam darah.

-Rheumatoid arthritis/Radang sendi.

Terdapat penyelidikan menunjukkan EPA dan DHA boleh
mengurangkan kesakitan sendi dan kekebasan. Omega-3
juga meningkatkan keberkesanan ubat anti-inflammatory.

- Depression/Kemurungan.

Penyelidik berpendapat budaya mengambil makanan
yang tinggi dengan Omega-3 boleh merendahkan tahap
kemurungan. Minyak ikan dikatakan boleh mengurangkan
simptom kemurungan bagi pesakit bipolar.

- Prenatal health/Kematian janin dalam
kandungan.

DHA dikatakan memainkan peranan penting untuk
pembentukan visual dan otak janin dalam kandungan.
Kekurangan DHA ketika hamil boleh menyebabkan
pembentukan janin yang tidak sempurna di mana
meningkatkan risiko kecacatan bayi dan kematian janin
dalam kandungan.

- Asthma/Lelah.

Bukti menunjukkan pemakanan yang tinggi dengan
Omega-3 boleh mengurangkan risiko lelah. Penyelidikan
diteruskan untuk membuktikan bahawa Omega-3 juga
boleh meningkatkan kesihatan peparu. Pengambilan
Omega-3 boleh mengurangkan pengambilan dos ubatan
hospital.

- ADHD. Attention deficit hyperactivity disorder/
Kanak-kanak hyperactive.

Penyelidikan menunjukkan pengambilan minyak ikan di
kalangan kanak-kanak boleh menurunkan simptom ADHD
dan meningkatkan fungsi otak mereka.

- Alzheimer’s disease and dementia/Penyakit
Alzheimer dan nyanyuk.

Walaupun tiada bukti kukuh, namun penyelidik percaya
Omega-3 boleh melindungi warga emas dari penyakit
Alzheimer dan kenyanyukan. Penyelidikan terkini
menunjukkan DHA amat bermanfaat untuk mengurangkan
masalah ingatan yang berkaitan dengan penuaan.

Omega-3 boleh didapati dari ikan laut dalam seperti salmon dan tuna, kekacang dan telur.Shaklee juga ada produk Omega3 yang dijamin berkualiti tinggi.Nak tahu lebih lanjut, klik OMEGAGUARD by SHAKLEE


OMEGAGUARD by SHAKLEE


Omega Guard Shaklee dirumus dengan tahap ultra tulen
dan mempunyai gred asid lemak omega-3 yang tinggi
dalam pengredan farmasi, yang mana penyelidikan
menunjukkan asid lemak ini dapat membantu menyokong
kesihatan jantung, sendi dan fungsi otak.

• Dihasilkan dengan proses penyulingan molekular
berperingkat untuk memastikan ketulenan dan potensi
unggul.
- Memekatkan dan menambah baik lemak ikan dalam
setiap kapsul.
- Mengurangkan oksidan dan pembentukan lemak trans.
- Mengurangkan bau hanyir ikan dalam setiap kapsul
- Menyingkirkan karbon, merkuri, arsenic, cadmium,
dioxin, serta pencemaran toksik lain dalam minyak ikan.

• Mengandungi semua tujuh lemak asid Omega-3
termasuk EPA dan DHA .Penyelidikan membuktikan
bahawa asid lemak ini bermanfaat untuk :
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Mengekalkan tahap tryglyseride yang sihat dalam darah
- Mengekalkan tekanan darah yang normal
- Menyokong fungsi otak, mata, sendi yang sihat

• Mengandungi minyak ikan yang diekstrak dari ikan kecil
di perairan sejuk.( ikan tidak dicemari toksik ).

• Mengandungi lebih EPA dan DHA berbanding jenama
lain di pasaran.

• Tidak mengandungi kolestrol

• Saiz yang sesuai dan senang ditelan

Harga runcit : RM 136
Kandungan : 90 biji
Aturan : 1 biji selepas makan, 3 kali sehari

Ingin mencuba kebaikan OmegaGuard Shaklee untuk keluarga anda?

Hubungi 017 9191 671(imm) untuk tempahan produk dan konsultasi kesihatan.

jya nee

imm, shaklee independent distributor, pasir mas kelantan