Tuesday 13 May 2014

Fungsi air untuk badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perasan tak, bila kita ambil supplements, penjual akan pesan supaya minum air banyak2.sebenarnya 60% kandungan badan kita terdiri daripada air. kita consume air setiap hari samada dari minuman atau makanan yang kita makan.

Fungsi air sangat penting untuk aktiviti dalaman badan. Air berfungsi sebagai pengangkut nutrisi, gas dan juga bahan buangan badan. Air bertindak sebagai medium untuk setiap tindakbalas kimia dalam badan. Vitamin larut air iaitu vitamin B dan vitamin C memerlukan air untuk diangkut ke seluruh badan.

Memandangkan sel manusia tidak mempunyai dinding sel macam tumbuhan, sel amat memerlukan kandungan air untuk mengekalkan bentuknya. Cuba bayangkan sel yang kekurangan air, sel terpenyek, bentuk x cantik dan mudah rosak la. Cube google pulak cerita makcik yang consume 3 liter air sehari selama 3 bulan tu, woww kulit anjal glowing gitu. Sebabnya, dahla air membantu angkut nutrisi yang die makan sama rata ke seluruh sistem badan die, air pun tolong mengekalkan bentuk sel die jugak. Hasilnya, walla mantap sungguh.

Air juga diperlukan oleh semua organ dalaman badan untuk berfungsi. Contoh utama organ yang sangat perlukan air adalah buah pinggang. Buah pinggang memerlukan air untuk menyaring nutrisi yang kita makan. Peparu juga memerlukan medium lembab agar gas oksigen boleh melarut ke dalamnya. Jadi, minumlah banyak air agar organ2 dalaman kite ni tak gersang hahaha.

Toksin di dalam badan juga kebanyakan akan disingkir dari badan melalui bentuk cairan seperti peluh dan air kencing. Kalau kurang air, macam mane peluh n urea nak keluar dari badan? Bile banyak toksin berkumpul, boleh menjadi punca pelbagai penyakit tau..

Sesuai dengan sebutan "buang air" sistem perkumuhan dan penghadaman memang sangat memerlukan air untuk berfungsi. Kalau kurang air, susah la proses buang air berlaku. Itulah menjadi punca utama sembelit dan sebagainya kan.

Haa dalam santai2 menulis, banyak jugak point yang keluar pasal air dan badan ni ye. Diingatkan sekali lagi penting ambil air yang banyak ni. Terutamanya anda yang ambil ubatan herba, jamu, supplement yang bersifat "panas".

Saya ambil supplement ALFALFA by Shaklee. Alfalfa adalah sejenis herba dan bersifat panas. Ambil alfalfa memang perlukan banyak air. 2,3 hari ni saya macam kurang minum air kot, dah naik 2,3 ketul ulser dalam mulut. Kulit pun kering, atas hidung dah menggelupas sikit. Huhuh kena minum air rajin2 ni. Baru mantap macam makcik air 3liter tu ye dak?..

Btw, anda yang nak tau kebaikan Alfalfa? klik sini

jya ne, mata.

imm, shaklee independent distributor pasemah


No comments:

Post a Comment