Thursday, 15 May 2014

Tulang yang sihat memerlukan kalsium

Tahukah anda, kita manusia, (ade yang bukan manusia ke kat sini?:p) mempunyai 206 ketul tulang.xlebih dan tak kurang. Bayi dilahirkan dengan 270 ketul tulang, dan ada beberapa bahagian tulang yang akan bergabung bile usianya meningkat.

Tulang memainkan peranan penting untuk manusia. Tulang memberi struktur pada badan, melindungi organ, menyokong otot dan menyimpan kalsium.Ce imagine kalau xde tulang, macam sotong jadinya kan. tibe2 terimagine kalu takde tulang, bentuk kite akan jd cair terpenyek je ek?..haha

Tulang macam sel badan lain, bile dah tua, akan mati, dan sel tulang baru akan dibina. Bagi kanak2 dan remaja, pembinaan sel tulang berlaku lebih cepat dan aktif berbanding kematian sel.Oleh itu, tulang kanak2 dan remaja lebih tegap dan padat berbanding tulang orang dewasa, di mana kematian sel berlaku lebih cepat dari pembinaan sel.

Pada usia 30-an, pembinaan sel tulang akan menjadi sangat perlahan dan hampir tidak berlaku.Ketika ini sel tulang akan mati sedikit demi sedikit bersama dengan pertambahan usia.Bagi individu yang kekurangan jisim tulang sejak dari zaman kanak2(kurang kalsium dan vitamin D) akan berisiko menghadapi pelbagai masalah penyakit tulang di pertengahan usia mereka.

Apa yang menyebabkan tulang tidak sihat?

1) Kekurangan kalsium
Pemakanan yang kurang kalsium menyebabkan pembentukan tulang yang kurang padat, rapuh dan mudah patah.

2) Aktiviti fizikal
individu yang kurang aktiviti fizikal, kurang melatih kekuatan tulang akan
lebih mudah mengalami osteoporosis(reput tulang) berbanding individu yang aktif secara fizikal.

3) Perokok dan peminum alkohol
Tembakau dan alkohol boleh menganggu penyerapan kalsium oleh tulang, mengakibatkan tulang tidak sihat dan risiko osteoporosis.

4) Jantina, saiz badan, umur
Wanita lebih berisiko menghidap osteoporosis kerana wanita mempunyai kurang tisu tulang berbanding lelaki.
Individu terlalu kurus berisiko kerana mempunyai jisim tulang yang kurang untuk digunakan apabila meningkat usia. Manakala individu terlalu gemuk pula berisiko menghadapi sakit tulang kerana terpaksa menanggung beban berat badan berlebihan.
Semakin meningkat usia, sel dan tisu tulang akan menjadi semakin nipis dan lemah.

5) Keturunan dan sejarah keluarga
Individu kulit putih dan orang asia mempunyai risiko tinggi untuk menghidap osteoporosis.

6) Kandungan hormon
Kandungan hormon thyroid yang tinggi boleh menyebabkan tulang mudah reput.
Wanita yang telah menopause menghadapi reputan tulang yang mendadak akibat pengurangan hormon estrogen.Bagi lelaki pula, penurunan kandungan hormon testosterone boleh menyebabkan pereputan tulang mula berlaku.

7) Masalah pemakanan
Masalah pemakanan, masalah kesihatan yang menyebabkan badan kurang menerima kalsium akan menyebabkan kesihatan tulang juga terjejas.

8) Pengambilan ubatan yang berpanjangan.
Penggunaan steroid, ubat pelemah sel kanser dan sebagainya boleh memberi keaan sampingan terhadap tulang.

Cara untuk mencegah(melambatkan) proses pereputan tulang.

1) Makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti produk susu dan tenusu, almond, brokoli, soya, sardin dan salmon.

2) Jika anda seorang yang cerewet taksuka susu, tak suka soya, tak suka ikan, tak suka kacang, haihahh semua pun x suka, telanlah tablet kalsium. Shaklee ade kalsium terbaik, OSTEMATRIXname die.ewahh iklan sikit :)

3) Selain kalsium, anda perlu juga mengambil vitamin D. Vit D diperlukan untuk membantu penyerapan kalsium oleh tulang anda.Sumber terbaik vit D adalah ikan, tuna, sardin, telur kuning.Cahaya matahari pagi juga bekalkan vit D. Xsuke makan ikan la hanyir, malas nak bangun pagi nak berjemur, oklah, amek OSTEMATRIX lah, sebab tablet ini dilengkapi dengan vit D sekali.2 in 1 gitu.

4) Lakukan aktiviti fizikal dengan aktif untuk membina tulang yang fleksibel dan kuat dan melambatkan proses pereputan tulang.

5) Berhenti merokok dan mengambil minuman beralkohol.haram tau..huhu

InsyaAllah ade peluang, saya cerita pasal Ostematrix pulak ye.

Sehingga bertemu lagi, jya nee.

imm, shaklee independent distributor pasir mas, kelantan



No comments:

Post a Comment